Kehidupan Di Akhirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Saya ingin bertanyakan sedikit sebanyak tentang kehidupan kita di akhirat. Apa yang saya ketahui, kita boleh minta apa saja apabila di syurga. Benar kah? Bagaimana kehidupan di sana. Adakah kita menjalankan rutin harian kita seperti kehidupan di alam ini? Maksudnya kita makan, minum, dan melakukan aktiviti harian kita. Saya ingin bertanya, jika seseorang di lahirkan sebagai seorang perempuan atau lelaki di alam ini, apabila di syurga nanti. bolehkah dia ingin menjadi jantina sebaliknya? maksudnya, bolehkah dia meminta menjadi seorang wanita di syurga jika di dunia dia dilahirkan sebagai lelaki?


Jawapan

  • Kenikmatan syurga itu terlalu luas dan tidak dapat digambarkan dengan khayalan akan fikiran. Segala pakaian, makanan, minuman, perhiasan dan gedung-gedung yang ada di syurga jauh lebih baik daripada yang ada di dunia. Ahli-ahli syurga akan makan dan minum dengan hidangan yang disediakan tetapi makan dan minum mereka bukanlah kerana lapar dan dahaga. Di dalam syurga tidak ada keburukan hanya ada kebaikan atau nikmat kurniaan Allah S.W.T. Ahli-ahli syurga tidak kencing, tidak berak, tidak meludah dan tidak tidur. Apabila bertemu diantara satu sama lain, mereka akan memberi salam dan mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja.
  • Secara umumnya, memang ada disebutkan di dalam kitab-kitab bahawa segala keinginan ahli syurga akan ditunaikan oleh Allah S.W.T. secara serta merta.

Rujukan: Mufti Selangor

Tawaduk

[ta.wa.duÖ]/[ta.wa.d uÖ] | تواضع

Definisi: 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Entri Lain-lain

Ikut Kami