Kerana Sepotong Ayat Al-Quran, Saintis Jepun Peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Selalunya kita selalu dengar atau lihat bahawa saintis selalunya berpegang dengan cara hidup bahawa sains adalah jawapan kepada semua perkara dalam dunia, dan agama adalah satu perkara yang karut kerana tidak dapat dibuktikan dengan logik.

Akan tetapi kisah seorang saintis Jepun, Dr. Atsushi Kamal Okuda dari Universiti Keio, menunjukkan sebaliknya.

Sebelum memeluk Islam, Dr. Okuda bercerita bahawa kehidupannya sangat tidak bermoral dan tidak faham akan tujuan sebenar kehidupan.

“Sebelum Islam, saya teruk. Sangat teruk. Bodoh. Saya tak tahu apa yang benar,” katanya.

Beliau kemudiannya mula mencari maksud kebenaran sebenar, mengkaji banyak agama secara akademik. Sehinggalah beliau temui Islam dan tertarik untuk belajar dengan betul.

Ketika berada di tahun enam di koleh, beliau mengkaji undang-undang Islam. Sedang dalam fasa mengkaji, beliau terjumpa satu kertas kajian di mana matanya tertancap ke satu ayat yang mengubah kehidupannya selama-lamanya.

Ayat tersebut adalah berkenaan bagaimana Allah mencipta manusia daripada pasir, tanah dan debu – ayat ke 26 surah Al-Hijr.

Sejak itu hati beliau sangat dekat dengan Islam dan untuk mengkaji lebih mendalam, beliau berpindah ke Aleppo, Syria untuk belajar agama dan bahasa Arab.

Kegebiraannya tidak dapat dibendung selepas memeluk Islam, satu kegembiraan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.

“Masa tu! Saya memeluk Islam. Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terhebat daripada Allah dalam hidup saya.”

Kini Dr. Okuda adalah inspirasi ramai. Beliau adalah contoh teladan bukan sahaja kepada Muslim di Jepun, tetapi juga untuk semua manusia di atas dunia , tentang apa yang perlu dilakukan selepas menemui kebenaran.

Beliau juga giat menjalankan kerja dakwah untuk berkongsi hadiah daripada Ilahi kepada orang ramai.

Beliau secara rela, bersama rakan-rakannya di Jepun utnuk menyebarkan mesej Islam di negara matahari terbit tersebut – demi menyelamatkan Jepun daripada kehidupan tanpa Allah.

Semoga Dr. Okuda dan kita semua dikurniakan hidayah dan tempat di kalangan kekasih-Nya.

Artikel: Muslim Council

Tawaduk

[ta.wa.duÖ]/[ta.wa.d uÖ] | تواضع

Definisi: 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Entri Lain-lain

Ikut Kami