Pakaian Yang Dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Apakah hukumnya saya mengambil dan menggunakan pakaian yang dijumpai dan adakah pakaian tersebut dikira najis sekiranya ia milik orang bukan Islam?


Jawapan

Dalam Islam, barang atau harta yang dijumpai atau tercicir dikira sebagai harta luqatah. Hukumnya adalah harus mengambil dan memakai pakaian tersebut dengan syarat melakukan 4 perkara berikut terlebih dahulu:

  1. Hendaklah membuat hebahan harta/ barang selama setahun
  2. Jaga barang/harta tersebut dengan baik selama tempoh tersebut
  3. Jika tiada yang menuntut, boleh ambil dan gunakannya
  4. Jika tuannya datang menuntut, wajib ia dikembalikan Sama ada pakaian tersebut dari orang Islam atau bukan Islam, pakaian tersebut hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan sesuai dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya agar sentiasa bersih dan suci.

Rujukan: Mufti Selangor

Tawaduk

[ta.wa.duÖ]/[ta.wa.d uÖ] | تواضع

Definisi: 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Entri Lain-lain

Ikut Kami