Penjelasan Berkenaan Saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan saka. Saya dapat tahu ayah saya mempunyai saka. Sejak kematian ayah, saka tersebut berpindah kepada saya. Saya telah berubat secara tradisional. Bomoh mengatakan saka tersebut perlu dibuang jika tidak saya tidak akan bertemu jodoh sampai bila-bila. Saya amat takut harap dapat penjelasan.


Jawapan

Saka menurut kamus bermakna pusaka. Saka yang dimaksudkan pada kes ini ialah jin yang bersahabat dengan seseorang semasa hidup. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Mempercayai saka memberi kesan hukumnya syirik. Disyorkan teruskan berubat kerana saka ada unsur bersahabat dengan jin.


Rujukan: Mufti Selangor

Tawaduk

[ta.wa.duÖ]/[ta.wa.d uÖ] | تواضع

Definisi: 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Entri Lain-lain

Ikut Kami