Wujudkah Ilmu Tarik Duit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Saya ingin bertanya dalam ilmu islam adakah wujud ilmu menarik duit dan apakah hukumnya?


Jawapan

Segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah milik ALLAH SWT termasuklah ilmu sihir, kebal dan ilmu tarik duit. Ilmu-ilmu seperti ini dan banyak lagi ilmu yg pelik-pelik menjadi tidak mustahil kerana bantuan makhluk lain selain daripada manusia.

Wujudnya ilmu-ilmu sebegini adalah merupakan ujian daripada ALLAH SWT kepada hambanya. Kerana jalan menuju ke bahagiaan di Akhirat bukannya mudah dan ilmu-ilmu inilah yang menjadi ujiannya.

Oleh itu umat Islam perlu menjauhi amalan-amalan sebegini yang boleh merosakkan aqidah, tambahan jika amalan ini memerlukan kepada zikir khas yang tidak difahami, disertai amalan-amalan pemujaan maka perbuatan tersebut adalah haram.

Jika maksud menarik duit itu merujuk kepada amalan berdoa yang difahami dari doa-doa yg diamalkan oleh Rasulullah SAW dan disertai pula dengan usaha yang berterusan maka perbuatan ini diharuskan selagimana usaha-usaha itu tidak mengambil jalan pintas dengan menggunakan kaedah-kaedah yang menyalahi syara’.

Wallahu Ta’ala A’lam


Rujukan: Mufti Selangor

Tawaduk

[ta.wa.duÖ]/[ta.wa.d uÖ] | تواضع

Definisi: 1 rendah diri; merendah diri; tidak angkuh: Baginda sangatlah warak serta ~. 2 taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah; patuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Entri Lain-lain

Ikut Kami